CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 29, 2009

Coretan Sebagai Renungan

Dalam musibah terdapat empat seni: pertama : mencari pahala dari Allah kedua : berkawan dengan kesabaran ketiga : berzikir dengan baik keempat : menunggu kelembutan dari Allah

Sukar untuk kita melafazkan maaf andai kita yang bersalah..tetapi setelah kita melafazkannya,hanya kita dan orang yang menerima merasai kemanisannya..

Tazkirah hari ini..sabda rasulullah s.a.w "orang yang paling baik di antaramu ialah orang yang paling baik akhlaknya"..oleh kerana akhlak mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan semua bangsa, maka ia mempunyai kedudukan yang mulia di sisi islam,dan dengan akhlak jugalah orang2 kafir quraish tunduk dengan ajaran nabi muhammad s.a.w.. .:khalifah for ummah:.

Kalam mutiara hari ini: hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..

0 comments: